Pertandingan Puzzle Advokasi

10 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember yang lalu, Pi Bukit Tandak telah menganjurkan taklimat advokasi dan pertandingan puzzle advokasi. Seramai 10 orang kanak-kanak menyertainya sempena cuti sekolah. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar dengan tanggungjawab mereka terhadap penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Di akhir pertandingan, kami memberi sedikit saguhati untuk menghargai adik-adik yang menang.

Selain itu, sedikit taklimat klik dengan bijak, E-Waste dan Check Your Label juga diberi. Dengan adanya program seperti ini, staf Pi dapat mempromosikan aktiviti Pi dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas